Post menarik

Bila nak dapat hidayah?

Perjalanan Satu Malam

....السلام عليك

Cuba teka hari ni ana nak cerita pasal apa?
.
.
.
.
.
.
.
.

Of course lah pasal ISRA' MIKRAJ..

Perasan tak hari ni dah 27 REjab ??

Apa yang specialnya Isra' Mikraj ni  ??
Ayuh,kita teliti kronologinya..

Isra' yang bermaskud perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke  Masjidil Aqsa.
Mikraj pula membawa maksud Perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.



Apa sebenarnya tujuan Isra' Mikraj ni ?

Isra' Mikraj ni sebenarnya Allah bagi hadiah kat Rasulullah sebab tahun tu diberi nama tahun kesedihan buat Baginda. Pada tahun tersebut 2 orang yang Baginda sayang telah menghembuskan nafas terakhir iaitu bapa saudara Baginda, Abu Thalib dan isteri Baginda, Saidatina Khadijah bt Khuwailid.

Cuba kita bayangkan 2 orang yang kita sayang meninggal pada tahun yang sama.
Pastinya kita akan sedih tak keruan. Hidup kita pun down.
Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mandi tak basah.
Menangis-nagis je kerja kita sampai boleh buat satu kolam mandi lah.

Baiknya Allah, Dia bagi hadiah kat kekasihNya.
Hadiah yang tak mampu diberi oleh orang2 yang sedang bercinta. 



Apa sebenarnya yang terjadi pada malam Isra' Mikraj ?

Pada malam yang hening. Rasulullah telah dijemput oleh Jibril AS.

Okay,,tak tahu cerita detail.. Kita sambung pointnya je eh ??

Semasa Mikraj Rasulullah di Sidratul Muntaha, Rasulullah telah mendapat perintah solat.
Ketika itu Allah memerintahkan kepada semua umat Muhammad untuk menunaikan solat sebanyak 50 waktu. 
Rasulullah seorang yang taat serta patuh. So, Rasulullah pun terima perintah tersebut.

Semasa turunnya Baginda ke langit yang (maaf,tak ingat), seorang nabi (Musa kalau tak silap), nasihat Baginda.
Nabi Musa cakap, umat kau pasti tak akan mampu melakukannya. Umat kau kecil2 dan lemah.

Baginda pun mendengar nasihat itu.
Dengan malunya, Baginda naik balik dan bertemu dengan Allah untuk mengurangkan waktu solat tersebut.

Bayangkan betapa malunya waktu tu.
Kita nak minta ngan cikgu pun malu. Rasulullah mintak dengan ALLAH (tuhan)..

At last,, Maha Baik nya Allah, umat Rasulullah hanya perlu menunaikan 5 waktu solat.

Cuba renungkan semua solat kita,
Sudah memadaikah semua ini?
Mampukah dengan solat sebanyak ini kita hadapkan pada Ilahi kelak?
LAYAKKAH KITA BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA KELAK ?

Renung-renungkanlah..

Surah Al-Isra : Ayat 1
 

Comments