Assalamualaikum wahai bakal-bakal ahli syurga ( in sya Allah )
Okey, harini ana nak cakap pasal hidayah.
"Hidayah tu kawan kau ke?"
Bukan... hidayah ialah petunjuk yang diberi oleh Allah. Ia umpama cahaya yang menerangi hati (macam gambar kat atas tu)
Firman Allah swt:
Okey, harini ana nak cakap pasal hidayah.
"Hidayah tu kawan kau ke?"
Bukan... hidayah ialah petunjuk yang diberi oleh Allah. Ia umpama cahaya yang menerangi hati (macam gambar kat atas tu)
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)." (Al-Qasas:56)
Ya, Allah sahaja yang boleh memberi hidayah.
Tapi bila kita nak dapat hidayah?
Ini ialah dialog antara seorang yang prihatin dengan kawannya
Fatimah: Alisa, pakailah tudung.
Alisa: Hidayah belum sampai lagilah
ataupun
Khairul (bukan nama sebenar): Abu, jom solat
Abu: Hidayah belum sampai lagilah
Sebenarnya kawannya yang mengajaknya supaya membuat kebaikan itulah hidayahnya. Ya, hidayah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Cuma kita je yang tak perasan. Jangan sampai umur dah pendek baru kita nak berubah.
So, jangan jadikan 'hidayah belum sampai lagi' sebagai alasan untuk kita tidak beramal. Mana yang belum solat lagi pegi solat sekarang. Sekarang jugak. Jangan tangguh2.
Selamat beramal :)
Comments
Post a Comment