Post menarik
Posted by
Badar Basis
on
- Get link
- X
- Other Apps
Suatu hari di sebuah kelas,seorang guru telah bertanya beberapa soalan kepada anak-anak muridnya.
#1 " Siapa kat sini sayang Rasulullah SAW angkat tangan "
Maka ramailah pelajar di kelas itu yang mengangkat tangan mereka.
#2 " Berapa ramai dalam kelas ni boleh bagitahu saya biodata Rasulullah SAW ? "
Sama seperti tadi, ramai juga pelajar yang mengangkat tangan mereka.
#3 " Siapa tahu bilakah Rasululah SAW lahir ? "
Sama juga. Ramai pelajar yang mengangkat tangan.
Tetapi, guru tersebut perasan akan dua orang anak muridnya yang bernama Alif dan Aiman (bukan nama sebenar) yang langsung tidak mengangkat tangan. Lalu, guru itu pun bertanya kepada kedua-dua pelajar tesebut.
Pada mulanya, guru itu bertanya kepada Alif terlebih dahulu.
Guru : Alif, mengapa kamu langsung tidak mengangkat tangan tadi ?
Kamu tidak kenalkah kepada Rasulullah SAW ?
Alif : (menjawab selawat terlebih dahulu ). Saya ? Tidak mengangkat tangan ?
Cuba cikgu tanya soalan yang sama kepada sahabat saya itu (tunjuk ke arah Aiman )
Guru : (Pelik). Aiman, tolong jawabkan soalan saya kepada Alif tadi ?
Aiman : (Bangun lalu berkata kepada rakan kelasnya)
Adakah hanya dengan mengangkat tangan dapat membuktikan bahawa kita cinta
kepada Rasulullah SAW ?
(satu kelas tersebut diam )
Tiba-tiba, guru tersebut pun bersuara
Benar kata-kata mereka tadi. Sepanjang cikgu bertanya kepada kalian semua sebenarnya cikgu sedang menguji kalian. Banyak kali cikgu sebut Rasulullah SAW tetapi tiada siapa pun yang menyambut semula selawat tersebut. Cikgu sedih sebenarnya. Cikgu berharap agar selepas ini kalian semua akan berubah dan sama-sama kita semua perbanyakkan selawat ke atas Baginda ya ?
😖
Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
Mahukah kita menjadi manusia yang bakhil di akhirat kelak ?
Pastinya tidak mahu bukan ?
So, what we have to do ?
Make a change now before it's too late.
Jazakallahukhairankhatiran. ツ

Ya Rasulullah kami sentiasa merinduimu.
Pertemukanlah kami denganmu di akhirat kelak.
Ya Allah. Janganlah kau jadikan kami termasuk di dalam golongan yang bakhil.
Jadikanlah bibir kami tidak lekang daripada berselawat ke atas kekasih-Mu.
Aamiin YA Rabbal 'Alamin..
Jazakallahukhairankhatiran. ツ
Comments
Post a Comment